Loading...
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Surah Al Hadiid ,ayat 20)

Bila dah tension

Monday, March 21, 2011
Protes: Pandu 10km curah sampah di MDBB

Seorang pekerja kilang bertindak memandu sejauh lebih 10km dengan membawa seguni plastik sampah dan dicurahkan di pintu masuk Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) di Serdang hari ini.

Ismail Ahmad, 50, dari Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar, dekat Bandar Baharu berkata tindakan yang dilakukannya itu kira-kira 9.30 pagi tadi adalah satu protes kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang dikatakan mengabaikan tugas mereka memungut sampah mengikut jadual di kawasan perumahan tersebut sejak bertahun-tahun lalu.

“Paling ketara sejak 2010 lalu pelbagai karenah berlaku. Sudahlah tempat longgokan sampah lokasinya kira-kira tujuh meter sahaja jaraknya dari bangunan rumah saya dan kira-kira 30 meter dari kawasan tapak sebuah Tadika Perpaduan dengan hampir 100 anak-anak penduduk di sini belajar di situ," kata Ismail kepada pemberita selepas mencurahkan sampah di pintu Pejabat MDBB, Serdang di Bandar Baharu hari ini.

Beberapa kakitangan pejabat berkenaan yang sedang bertugas di situ kelihatan terpinga-pinga dan terperanjat dengan tindakan nekad yang dilakukan Ismail itu tetapi mereka tidak menghalang pekerja kilang tersebut meneruskan hasratnya dengan menyelerakkan bungkusan yang mengandungi sampah yang dibawanya dari Lubuk Buntar itu.

“Saya dan keluarga saya serta lebih 1,200 penduduk sekitar sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang berpunca daripada longgokan sampah tersebut yang berlanjutan bertahun-tahun itu," kata Ismail.

Beliau berkata terdapat anjing–anjing liar dan garang pun turut menjadikan longgokan sampah itu tempat mencari makan yang kadang-kadang juga mengejar orang dewasa dan kanak-kanak yang lalu lalang di situ.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati longgokan sampah tanpa sebarang tong sampah yang disediakan di situ jelas keadaan sampahnya berselerakan di sekitar yang menyakitkan mata memandang di samping bau busuk.

Ismail berkata dua laporan dibuat berhubung dengan kegagalan pihak MDBB memungut sampah di Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar iaitu pertama kepada MDBB pada 7 Oktober 2010 dan satu lagi di Balai Polis Serdang, di Bandar Baharu pada 16 Mac 2011 lalu.

Sementara itu ketua pegawai eksekutif Enviromen Idaman Sdn Bhd Mohd Saiful Anuar Zainal ketika dihubungi memberi jaminan bahawa pihaknya yang bertanggungjawab melupuskan sampah di kawasan MDBB akan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.

“Longgokan sampah berkenaan telah dibersihkan dan pita sekatan melarang orang ramai membuang sampah di situ juga dipasang di tempat tersebut dengan papan tanda sekali,” katanya.

Mohd Saiful berkata, pihaknya juga telah mendapatkan kerjasama daripada MDBB untuk menanam pokok-pokok bunga di tempat bekas longgokan sampah di situ secepat mungkin.

“Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menggunakan talian bebas tol syarikat melalui talian Bebas Tol 1800-88-ENVO-(3684) dan e-mel aduan@e-idaman.com (laman sesawang :www.e-idaman.com)," katanya.

- Bernama

Lokasi Alternatif Pembuangan Sampah

1 comment:

Post a Comment