Loading...
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Surah Al Hadiid ,ayat 20)

Bila dah tension

Monday, March 21, 2011
Protes: Pandu 10km curah sampah di MDBB

Seorang pekerja kilang bertindak memandu sejauh lebih 10km dengan membawa seguni plastik sampah dan dicurahkan di pintu masuk Pejabat Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) di Serdang hari ini.

Ismail Ahmad, 50, dari Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar, dekat Bandar Baharu berkata tindakan yang dilakukannya itu kira-kira 9.30 pagi tadi adalah satu protes kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan yang dikatakan mengabaikan tugas mereka memungut sampah mengikut jadual di kawasan perumahan tersebut sejak bertahun-tahun lalu.

“Paling ketara sejak 2010 lalu pelbagai karenah berlaku. Sudahlah tempat longgokan sampah lokasinya kira-kira tujuh meter sahaja jaraknya dari bangunan rumah saya dan kira-kira 30 meter dari kawasan tapak sebuah Tadika Perpaduan dengan hampir 100 anak-anak penduduk di sini belajar di situ," kata Ismail kepada pemberita selepas mencurahkan sampah di pintu Pejabat MDBB, Serdang di Bandar Baharu hari ini.

Beberapa kakitangan pejabat berkenaan yang sedang bertugas di situ kelihatan terpinga-pinga dan terperanjat dengan tindakan nekad yang dilakukan Ismail itu tetapi mereka tidak menghalang pekerja kilang tersebut meneruskan hasratnya dengan menyelerakkan bungkusan yang mengandungi sampah yang dibawanya dari Lubuk Buntar itu.

“Saya dan keluarga saya serta lebih 1,200 penduduk sekitar sudah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang berpunca daripada longgokan sampah tersebut yang berlanjutan bertahun-tahun itu," kata Ismail.

Beliau berkata terdapat anjing–anjing liar dan garang pun turut menjadikan longgokan sampah itu tempat mencari makan yang kadang-kadang juga mengejar orang dewasa dan kanak-kanak yang lalu lalang di situ.

Tinjauan Bernama di lokasi mendapati longgokan sampah tanpa sebarang tong sampah yang disediakan di situ jelas keadaan sampahnya berselerakan di sekitar yang menyakitkan mata memandang di samping bau busuk.

Ismail berkata dua laporan dibuat berhubung dengan kegagalan pihak MDBB memungut sampah di Taman Kelisa Emas, Lubok Buntar iaitu pertama kepada MDBB pada 7 Oktober 2010 dan satu lagi di Balai Polis Serdang, di Bandar Baharu pada 16 Mac 2011 lalu.

Sementara itu ketua pegawai eksekutif Enviromen Idaman Sdn Bhd Mohd Saiful Anuar Zainal ketika dihubungi memberi jaminan bahawa pihaknya yang bertanggungjawab melupuskan sampah di kawasan MDBB akan mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.

“Longgokan sampah berkenaan telah dibersihkan dan pita sekatan melarang orang ramai membuang sampah di situ juga dipasang di tempat tersebut dengan papan tanda sekali,” katanya.

Mohd Saiful berkata, pihaknya juga telah mendapatkan kerjasama daripada MDBB untuk menanam pokok-pokok bunga di tempat bekas longgokan sampah di situ secepat mungkin.

“Orang ramai yang ingin membuat sebarang aduan boleh menggunakan talian bebas tol syarikat melalui talian Bebas Tol 1800-88-ENVO-(3684) dan e-mel aduan@e-idaman.com (laman sesawang :www.e-idaman.com)," katanya.

- Bernama

Lokasi Alternatif Pembuangan Sampah

Daphne Eleanor Iking

Sunday, February 27, 2011
"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri.

"Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya.

Wanita keturunan Kadazan ini sudah lali apabila dirinya menjadi bahan bualan. Kisah rumah tangganya yang terdahulu terbuka luas, umpama buku yang dibuka lembar demi lembar.

Dia mahu menakluk privasi. Mahu menjadikan kehidupan peribadinya tidak terlalu terbuka. Dia seolah-olah mahukan segala ketenangan yang dulu seperti tidak melekat pada dirinya. Kini dia membuka buku baru, bergelar isteri dan rusuk kiri buat lelaki bernama Azmi.

Takdir menjadi mualaf

Mungkin ada yang berfikiran skeptikal, berkahwin dengan seorang Muslim bernama Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe membuatkan Daphne terpanggil memeluk Islam. Namun dia punya sebab tersendiri, punya rasa tersentuh dengan kemurniaan Islam dan menjadi salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W. Ini kisah bagaimana Daphne atau Dahlia akhirnya bergelar mualaf.

"Saya bertukar agama bukan kerana sesiapa. Saya lakukan dengan ketulusan hati, demi diri dan masa depan saya. Alhamdulillah, ia adalah pengalaman yang paling indah," tegasnya yang membikin kejutan kepada penonton Anugerah Sri Angkasa 2010 apabila melafazkan ungkapan 'MasyaAllah' dan 'Assalamualaikum' pada malam tersebut.

DAPHNE memilih nama Dahlia sebagai nama Islamnya. Ujar personaliti televisyen popular ini, telekung dan sejadah adalah peralatan pertama yang dibelinya sebagai persediaan bertukar agama. "Pengalaman bertukar agama adalah yang paling indah," ujar si bunga baru, Dahlia.

--------------------------------------------------------------------------------


"Saya selalu berminat terhadap agama lain. Malah, saya datang daripada keluarga yang gemar membaca. Bahan bacaan ilmiah berbentuk kerohanian menjadi pengisi rak buku di rumah kami.

"Keluarga ibu saya juga merupakan campuran yang unik, datang daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Ia membuatkan kami sentiasa saling menghormati terhadap kepercayaan agama-agama lain," katanya.

Dia menamakan takdir sebagai titik yang mendekatkan dirinya terhadap Islam, bertemu rakan-rakan mualaf yang gemar bercakap indah tentang agama. Mendalami apa yang diperdengarkan di telinganya, Daphne secara semula jadi mendekati Islam dan sering mengutarakan soalan demi soalan kepada ustaz apabila berhadapan dengan keraguan.

"Kebetulan, pembantu rumah saya juga Muslim dan menunjukkan kepada anak saya cara kehidupan Islam. Langsung saya tidak terganggu dengan caranya. Malah bersikap terbuka terhadap pelajaran yang positif dan membangun," terangnya tentang buah hatinya Isobel yang juga sering membuat dirinya bahagia dan bercahaya.

Ujar Daphne, Isobel yang merangkak ke usia empat tahun merupakan anak yang cukup gembira, sihat walafiat dan cukup pintar.

"Dia terlalu muda untuk memahami semua ini tetapi apabila dia memerhatikan pembantu rumah saya solat dan cuba meniru dengan sejadah mininya, itu adalah momen yang cukup manis," terang ibu berusia 32 tahun ini.

AZMI ABDUL RAHMAN atau Joe adalah pelindung dan suami sah Dahlia.

--------------------------------------------------------------------------------
Solat jemaah

"Barang pertama yang saya beli adalah sejadah dan telekung serta sebuah buku bertajuk, How To Solat in English and Malay. Buku yang dibaca oleh kanak-kanak berusia enam tahun bukan? Jujurnya saya tidak terus bersolat tetapi memahami dan mempelajari cara-cara untuk mengambil wuduk dengan tertib seiring doa-doanya," ujar Daphne yang cukup gembira dibelikan buku-buku tentang Islam oleh suaminya. Kini dia membacanya satu persatu, perlahan-lahan memahami dengan hati.

Masuk ke dalam gerbang perkahwinan kedua bersama Joe, ujar Daphne, mereka kini sering melakukan solat berjemaah dan percaya perkara tersebut adalah salah satu kunci untuk memperkuatkan hubungan mereka sebagai famili. "Insya Allah," balasnya.

Pada tarikh 8 Januari juga, Daphne dan Joe menyatukan hati, bicara dan nekad mereka bergelar suami isteri. Hembusan bayu di Penampang, Sabah menjadi saksi jiwa mereka diikat. Berlangsunglah acara pernikahan dan resepsi perkahwinan yang diadakan secara kecil-kecilan dengan disertai jiwa-jiwa terdekat mereka, keluarga dan rakan karib.

Pasangan yang sudah mengenali hati masing-masing selama setahun lebih ini sebenarnya bertemu melalui rakan mereka. Lelaki pilihannya merupakan bekas Pengarah Urusan Redberry Group yang merangkap rakan bisnesnya.

Sebenarnya penulis pernah bertembung dengan 'pasangan' ini beberapa kali dan benar, mengikut pandangan mata sewaktu itu, mereka beraksi sebatas profesional. Mereka tidak memberi gambaran langsung bahawa cinta sedang bertali.

"Joe adalah seorang usahawan. Sangat proaktif dan mahu dirinya tidak menjadi tumpuan khalayak," Daphne mewakli Joe yang dilihat peramah dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja.

BERPAYUNGKAN mahligai baru, Daphne mahu fokus terhadap kehidupan kini.

--------------------------------------------------------------------------------
Bukan hal untuk ditertawa

Nur sedang dilimpahkan dalam hidup Daphne. Kini mempelajari satu persatu, dia juga sedar khalayak sedang memerhati dan memberi respons dengan cara mereka sendiri. Bicara wanita ini amat tegas.

"Memeluk dan masuk agama lain bukanlah satu hal yang boleh ditertawakan. Semestinya bukan aspek yang boleh dibawa main-main. Lebih penting lagi saya mengetahui sepenuh hati dan jiwa raga saya ke mana arah yang saya tuju. Mungkin kerana saya berada dalam lapangan seni, semuanya diperbesarkan 10 kali ganda.

"Tidak guna rasanya saya merangsang sokongan daripada teman-teman atau keluarga sekiranya saya sendiri tidak bersedia. Senang dikatakan begini, Those who matter don't mind. Those who mind, don't matter. Biarlah Allah melembutkan hati mereka," tegasnya.

Menjadikan Islam agama dan anutannya kini, Daphne mengaku semuanya menuntut masa.

"Sebagai permulaan cara-cara sembahyang, saya merujuk kepada nota yang saya tampalkan di dinding. Saya perlu memahami dan melakukannya.

"Alhamdulillah. Saya boleh fokus dengan famili baru dan teruskan dengan kehidupan kini," ujarnya yakin.

Selamat datang buat saudara baru ini.

Sumber : Kosmo

Pemasangan Jadual Environment Idaman

Saturday, January 29, 2011
Awal pagi sekitar jam 8:30 hari sabtu pekerja-pekerja ini telah berada di Taman Rhu memacak sesuatu.
beberapa penduduk pergi melihat dan sedang memperkatakan sesuatu dengan apa yang telah dipacakkan disitu

Ooooo! schedule kutipan sampah..........

Kita nantikan seterusnya samaada schedule board ini akan berfungsi atau tidak. Atau hanya sekadar hiasan sebagai melepas batuk ditangga. Nantikan update seterusnya.

Environment Idaman

Sunday, January 9, 2011
Rumah kos rendah akal pun kos rendah juga

Sampah di Taman Rhu 1


bilakah semua ini akan berakhir! mungkin itulah yang sedang difikirkan lelaki ini yang rumahnya terletak kira kira selang enam buah dari longgokan sampah, sekali sekala dia akan membakar sampah tersebut, apa tidaknya kalau dibiarkan kadangkala sampai ketengah jalan hingga mengganggu laluan.
Pernah sekali tayar kereta cherry jiran saya yang baru dibelinya enam bulan lalu ditembusi botol kaca didalam plastik yang diletakkan diatas jalan. Inilah kerenah sebahagian penduduk penduduk yang hanya ambil mudah apabila membuang sampah, saya teringat kata-kata seseorang "aku sanggup beli rumah tengah yang mahal dari beli rumah corner lot atau end lot kos rendah kerana rumah kos rendah akal pun kos rendah juga" nampaknya kata kata beliau ada benarnya.

Siapakah pula yang bakal menerima habuan dengan botol ini

Environment Idaman - masih belum jumpa longgokan sampah