Loading...
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Surah Al Hadiid ,ayat 20)

Environment Idaman

Monday, November 15, 2010
Bagaimana perkhidmatan Environment Idaman ? kita perhatikan gambar-gambar dibawah yg diambil ketika kutipan sampah sedang dijalankan di Taman Rhu Sungai Petani

Sebahagian sampah ditinggalkan untuk buat baja kompos supaya Taman Rhu lebih hijau dengan pohon pohon subur.

Jom belah sebelum depa pakat-pakat sekeh kita!

Jadual yg dijanjikan ketika mesyuarat antara Environment Idaman dengan penduduk Taman Rhu, kutipan seminggu 2 kali tetapi yg jadi sebaliknya 2 minggu sekali. Diantara rayuan yg dibuat kepada penduduk ialah supaya tidak membuat aduan kepada pihak-pihak tertentu kerana kutipan sampah yg tidak berjadual, tong sampah yg rosak dan tong sampah yg diambil tak diganti. Kata mereka(untuk mereka yg ponteng kelas sivik di sekolah) sampah-sampah hendaklah dibungkus dalam plastik supaya tak berselerakan atau diselerakan oleh anjing dan kucing. Disini ingin dijelaskan kalau penduduk bungkus sampah-sarap dengan peti besi sekali pun, kalau dah tak diambil bukan setakat anjing kucing yang geledah, manusia pun ada yang tumpang sekaki
ditambah pula dengan lembu-lembu orang kampung yang tak di tambat berak kencing pun kadangkala didepan pintu, keluar rumah ja dah bau tengit dengan tahi dan kencing lembu. Mujurlah ada inisiatif dari sebahagian penduduk membuat pembakaran terbuka
kerana bimbang sampah akan kian ketara kemudian hari (Jabatan Alam Sekitar- JAS sila ambil tindakan keatas Environment Idaman kerana membiarkan alam sekitar tercemar dan kotor bukan pada orang yang membuat pembakaran terbuka). Ribuan terima kasih kepada penduduk penduduk yg perihatin tentang kebersihan persekitaran.

Bagaimana cara mereka menutup mulut penduduk-penduduk setempat? Mudah saja anjurkan majlis, suapkan saja semulut dua diamlah tu, rumah kos rendahlah katakan otak pun kos rendah....mungkin itulah yg mereka fikirkan.

ADAKAH INI TAMAN MODEL IDAMAN YANG TELAH DILANCARKAN PADA 1 OKTOBER LALU?

Sampah yg di tinggalkan

Tong sampah yang tak diganti sejak 6 bulan lalu

2 comments:

dinar emas malaysia said...

Saya setuju, kalau dah servis tak memuaskan satu taman bawak sampah patut bawa sampah gi longgok kat opis bior padan ngan muka.

Asma Haha said...

ya allah...inikah sikap rakyat Malaysia...sukakan kekotoran???

Post a Comment