Apalah yg ada pada TAY 1, Kalau beli mati tak beli pun mati.
Harta yang dipergunakan pada jalan sia-sia dan membazir adalah dilarang oleh Allah SWT, Mereka yang suka membazir dan boros ini sebenarnya tergolong di kalangan orang-orang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat pemberian Allah SWT(kufur nikmat).
Allah SWT menyifatkan orang-orang yang suka membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [Surah al-Isra’: 27].
Allah SWT menggariskan panduan kepada manusia dalam soal makan dan minum supaya tidak berlaku pembaziran. Firman-Nya yang bermaksud, “…dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah SWT tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan” [Surah al-A’raf: 31].
Kadangkala pembaziran dari sudut makan minum itu dapat kita lihat dengan terbuangnya makanan dan minuman ke dalam tong sampah, padahal dalam masa yg sama ada pihak yg sangat mengharapkan sesuap makanan untuk meneruskan kehidupan.
Pembaziran bukan sahaja dari sudut makan minum, malah ia juga melibatkan pembaziran masa, tenaga muda dan usia. Namun begitu, pembaziran dari sudut masa dan umur (usia) pula kita sering terlepas pandang.
Walhal kita sentiasa boleh melihat di pusat2 membeli-belah, di kedai kopi, di kepala simpang, di tepi longkang, di sebalik semak kegiatan melepak, berbual-bual kosong
dan berpeleseran adalah antara perbuatan yang sia-sia, dan adakalanya boleh mengundang dosa jika berunsur maksiat di dalamnya.
Perlu difahami bahawa segala nikmat yg dikurniakan seperti keluarga, kesihatan, masa, usia, harta, ilmu, tubuh badan dan sebagainya akan disoal dan dipertanggungjawabkan oleh Allah ke atas kita di akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehingga dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya, ke manakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan ke jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” [Hadith RiwayatTirmizi].
No comments:
Post a Comment