Aktiviti Taman Rhu
Rabu 11 Zulhijjah 1431(18 Nov 2010) 3 ekor lembu tumbang pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya 7 ekor. Seperti biasa ianya dihadiri oleh peserta korban dan penduduk setempat bagi memeriahkan lagi acara tersebut sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah)", Al Hajj - ayat 34.
"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu; dan berkorbanlah" Al Kautsar - ayat 1&2
Yang dimaksudkan dengan "berkorban" dalam ayat tersebut ialah menyembelih haiwan kurban dan mensyukuri nikmat Allah.
Korban pertama
Korban kedua
Korban ketiga
Sekitar majlis Korban
Loading...
Taman Rhu
Thursday, November 25, 2010Environment Idaman
Monday, November 15, 2010
Bagaimana perkhidmatan Environment Idaman ? kita perhatikan gambar-gambar dibawah yg diambil ketika kutipan sampah sedang dijalankan di Taman Rhu Sungai Petani
Sebahagian sampah ditinggalkan untuk buat baja kompos supaya Taman Rhu lebih hijau dengan pohon pohon subur.
Jom belah sebelum depa pakat-pakat sekeh kita!
Jadual yg dijanjikan ketika mesyuarat antara Environment Idaman dengan penduduk Taman Rhu, kutipan seminggu 2 kali tetapi yg jadi sebaliknya 2 minggu sekali. Diantara rayuan yg dibuat kepada penduduk ialah supaya tidak membuat aduan kepada pihak-pihak tertentu kerana kutipan sampah yg tidak berjadual, tong sampah yg rosak dan tong sampah yg diambil tak diganti. Kata mereka(untuk mereka yg ponteng kelas sivik di sekolah) sampah-sampah hendaklah dibungkus dalam plastik supaya tak berselerakan atau diselerakan oleh anjing dan kucing. Disini ingin dijelaskan kalau penduduk bungkus sampah-sarap dengan peti besi sekali pun, kalau dah tak diambil bukan setakat anjing kucing yang geledah, manusia pun ada yang tumpang sekaki
ditambah pula dengan lembu-lembu orang kampung yang tak di tambat berak kencing pun kadangkala didepan pintu, keluar rumah ja dah bau tengit dengan tahi dan kencing lembu. Mujurlah ada inisiatif dari sebahagian penduduk membuat pembakaran terbuka
kerana bimbang sampah akan kian ketara kemudian hari (Jabatan Alam Sekitar- JAS sila ambil tindakan keatas Environment Idaman kerana membiarkan alam sekitar tercemar dan kotor bukan pada orang yang membuat pembakaran terbuka). Ribuan terima kasih kepada penduduk penduduk yg perihatin tentang kebersihan persekitaran.
Bagaimana cara mereka menutup mulut penduduk-penduduk setempat? Mudah saja anjurkan majlis, suapkan saja semulut dua diamlah tu, rumah kos rendahlah katakan otak pun kos rendah....mungkin itulah yg mereka fikirkan.
ADAKAH INI TAMAN MODEL IDAMAN YANG TELAH DILANCARKAN PADA 1 OKTOBER LALU?
Sampah yg di tinggalkan
Tong sampah yang tak diganti sejak 6 bulan lalu

Lokasi Alternatif Pembuangan Sampah
Saturday, November 13, 2010
Kalau kita layari laman sesawang Environment Idaman kita akan dapati gambar lori tertera pada dinding lori "JOM CARI SAMPAH", sekiranya anda dapati sampah-sampah di kawasan anda tidak dikutip kemungkinan besar pihak Environment Idaman gagal mencari sampah sarap tersebut atau terlepas pandang. Oleh yang demikian anda dinasihatkan membawa sampah-sampah anda ke alamat lokasi yang tertera seperti dibawah dan tinggalkan saja di hadapan pintu pejabat, pastikan juga sampah-sampah anda dibungkus dengan baik dan mesra alam. Kerjasama anda amat dihargai
Jangan buang sampah merata-rata atau anda akan disaman oleh pihak Majlis Perbandaran atau Jabatan Alam Sekitar(JAS) oleh itu pastikan lokasi yang betul dan tepat yang berhampiran dengan anda, ENVIRONMENT IDAMAN MESRA PELANGGAN MESRA ALAM ,

Subscribe to:
Posts (Atom)