Loading...
Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.(Surah Al Hadiid ,ayat 20)

Geng-geng seangkatan JAIS

Wednesday, April 21, 2010
Tak ada kerja lain ke yg lebih berfaedah hinggakan Dr Asri tak habis-habis di isukan? Tak cukup ke dengan isu-isu sampah yg ditimbulkan oleh ahli-ahli politik di dada akhbar , TV dan internet sepanjang tahun, kalau bukan isu yg di timbulkan pastinya cerita ahli politik yg cuba mengindahkan tanggungjawabnya yg tak pernah sempurna dibuat untuk mengabuli mata rakyat, tak ada yg special pun buat aku menyampah ada la. Sekarang ni dah jadi satu trend, memperguna NGO-NGO atau individu-individu tertentu bagi tujuan mengalih isu supaya rakyat hilang fokus kepada lanun-lanun sebenar. Wahai NGO-NGO dah kontang sangat ke nak buat kerja agama? Tak ada taman bunga ke untuk kamu nasihat monyet-monyet bercanda, tak ada jiran dan kawan ke untuk berdakwah, cubalah tengok Tv Desperate Wife apa yg diajarkan untuk anak-anak anda dan anak bangsa, tak nampakah artis-artis malaysia yg lebih barat dari barat, kalau dah tahu tak mampu bersuara, kenapa nak dicantas seorang yg berwibawa? Kalau NGO sekadar Nak Ganyang Orang,.......... memang otak selekeh betul.


Laporan polis terhadap Dr Asri, MalaysiakiniApr 18, 10 4:01pm

Kira-kira 50 orang wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini membuat laporan polis terhadap bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin kerana didakwa mengeluarkan artikel berunsur hasutan.


Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Yang Dipertua Yayasan Sofa Negeri Sembilan Yusri Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Beliau juga membuat laporan polis itu terhadap laman web Malaysiakini kerana menyiarkan artikel tersebut yang bertajuk 'Cabaran Gerakan Pembaharuan' bertarikh 4 April lalu.

Yusri berkata artikel tersebut mengandungi unsur-unsur hasutan yang melanggar Akta Hasutan 1948 kerana didakwa menghina agama Islam dan Institusi Raja-raja Melayu.

"Antara artikelnya (Mohd Asri) mendakwa sultan-sultan Melayu ketika itu dikuasai oleh Inggeris dan golongan pembaharuan pula gagal mendekati para sultan dan raja kecuali di Perlis," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Dia berkata Mohd Asri juga mendakwa golongan penentang pembaharuan mempunyai kelebihan kerana mereka sanggup menuruti kehendak istana dengan mengadakan doa-doa yang memuja dan memuji sultan dan raja.

"Ini menunjukkan raja-raja Melayu dan istana menolak pembaharuan agama kerana didakwa tunduk kepada penjajah dan diampu oleh ulama-ulama," katanya.

Yusri berkata laporan polis itu juga dibuat di seluruh negara oleh NGO Islam yang lain hari ini.

Antara NGO yang hadir ialah Pertubuhan Kebajikan al-Jamiatul Khairiah, Persatuan Alumni Kolej Islam Kelang (ALKIS), Kesatuan Madrasah Islamiyah Malaysia (ITMAM), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Persatuan-persatuan Integrasi Muslim Selangor (IMAN) dan Persatuan Sinar Damsyik (Persidam).

Sementara itu jurucakap polis IPD Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan menerima lapora itu pagi ini.

- Bernama
sumber: http://www.malaysiakini.com/news/129510

nak tengok isu-isu sampah yg tak menguntungkan rakyak, search Laporan Polis kat malaysiakini anda akan dapati kes saling selak-menyelak kain masing-masing, adakah mereka-mereka ni nak membela nasib rakyak atau nak membela nasib sendiri?

ISU JENIS SAMPAH YANG CUKUP AKU MELUAT

Lagi aduan polis berhubung pendedahan Zahrain
Jimadie Shah Othman
Mac 22, 10
4:40pm


Satu lagi aduan polis dibuat berhubung pendedahan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (bawah) mengenai rancangan "16 September" yang diusahakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibuat hari ini.

Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - atau lebih dikenali sebagai kumpulan pro-ISA - membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Gombak supaya polis dapat menyiasat sejauh mana kebenaran dakwaan wakil rakyat itu.

“Sebagai seorang warganegara Malaysia yang mendaulatkan undang-undang dan menjunjung perlembagaan negara, saya berasa terancam apabila mengetahui terdapatnya cubaan untuk mengulingkan kerajaan yang sah melalui cara penipuan, dengan menjual nama dan memperdaya,” laporan polis oleh penasihat undang-undang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dipetik.

Dalam pendedahan Zahrain di parlimen minggu lepas, Anwar dikatakan mendakwa Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merestuii dirinya sebagai perdana menteri jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan.

Bercakap dalam sidang media selepas membuat laporan polis, Mohd Khairul Azam berkata, jika rancangan Anwar itu berjaya, beliau percaya ia akan mencetuskan huru-hara dan kacau-bilau, seterusnya menggugat keselamatan dalam negara.

Semalam, Pemuda Umno Selangor dan Wilayah Persekutuan dilaporkan membuat dua aduan polis berhubung perkara yang sama - masing-masing di Sepang dan Kuala Lumpur.
Di Alor Star, Bernama melaporkan Pemuda UMNO Kedah hari ini membuat laporan polis yang sama.
Ketuanya Badrolhisham Hashim yang diiringi kira-kira 50 anggota Pemuda UMNO itu dan Pemuda Barisan Nasional (BN) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Setar.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Alor Setar, DSP Fiesal Libertus Abdullah mengesahkan menerima laporan Pemuda Umno Kedah itu terhadap Anwar.

sumber: http://www.malaysiakini.com/news/127177

Medan rezeki Yusuf Ong

Friday, April 9, 2010
Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

MUHAMMAD YUSUF ONG (kiri) bersama para pekerjanya yang terdiri daripada mualaf.
----------------------------------------------
KEPUTUSAN untuk bersara awal selepas hampir dua dekad berkhidmat sebagai Pegawai Dakwah di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak sia-sia apabila dunia perniagaan makanan yang diceburi tiga bulan lalu mula menunjukkan hasil.
Malah, mualaf yang tidak pernah putus asa itu beruntung apabila dunia barunya itu bukan sahaja menjadi punca pendapatan untuk menyara keluarga, bahkan ia juga menjadi medan mencari rezeki buat golongan saudara baru yang lain.
Muhammad Yusuf Ong, 45, yang mengucap dua kalimah syahadah pada 10 Ogos 1985 ketika ditemui sentiasa mengukir senyuman. Bapa kepada empat cahaya mata yang semuanya lelaki berusia di antara tiga hingga 18 tahun itu tidak menyesal dengan keputusannya mengusahakan Restoran Cina Muslim al-Munawarah.
Terletak di Jalan Tengku Ampuan Zabedah K9/K, Seksyen 9, Shah Alam, Muhammad Yusuf berkata, nama restoran itu diambil bersempena Madinah al-Munawarah. Ia membawa maksud bersinar-sinar dan bercahaya.
"Semasa menunaikan fardu haji pada penghujung tahun 2004, saya begitu terpesona dan kagum dengan Masjid Nabawi yang terletak di Madinah kerana ia begitu bercahaya. Sebab itu nama al-Munawarah itu saya abadikan pada restoran ini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

YUSUF ONG (kanan) bersama Chef Razali Abdullah di samping hidangan yang ditawarkan di Restoran Cina Muslim al-Munawarah.
-----------------------------------------
Diajak berbicara mengenai bilangan pekerja restoran itu yang dilihat dimonopoli oleh kaum Adam, Muhammad Yusuf atau nama sebelum Islamnya, Ong Liang Fatt memberitahu, 99 peratus daripada pekerjanya adalah lelaki.
Menurut Yusuf Ong, waktu bekerja yang lama yang bermula dari pukul 11 pagi hingga 11 malam mungkin menjadi faktor mengapa kaum Hawa kurang berminat.
"Apa yang menarik mengenai restoran ini ialah penyediaan makanannya dilakukan oleh 16 orang pekerja Muslim dan kebanyakan mereka pula ialah mualaf.
"Malah, ketua tukang masak restoran iaitu Razali Abdullah baru memeluk Islam dan mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang masakan," ujarnya.
Bagaimanakah penjagaan penyediaan makanan restoran tersebut? Muhammad Yusuf berkata, setiap umat Islam sebenarnya perlu meneliti sudut makanan dan tidak boleh mengambil mudah dengan apa yang mereka makan.
"Makanan dan minuman akan menjadi darah daging sebab ia mempengaruhi jiwa. Makanan yang syubhah iaitu makanan yang diragui sama ada halal atau haram akan merosakkan hati," ujarnya.
Selain pengalaman beliau sendiri yang sukar mencari masakan Cina yang halal, suami kepada Siti Khadijah Sui Abdullah, 43, itu menambah, pembukaan restoran yang boleh memuatkan 130 pelanggan itu merupakan tanggungjawabnya untuk memudahkan umat Islam menikmati masakan Cina tanpa rasa ragu-ragu.
Sebanyak 117 menu ala-carte disediakan di restoran tersebut.


Restoran Cina Muslim al-Munawwarah menawarkan sebanyak 117 menu ala-carte.
________________________________________

Antara makanan yang popular ialah nasi ayam kong pau iaitu ayam dimasak menggunakan cili kering, halia muda, sos tiram dicampur dengan sos istimewa.
Selain itu, restoran itu juga menjual nasi ayam kam hong iaitu ayam yang dimasak dengan daun kari dan cili api.
"Restoran ini juga menghidangkan pelbagai makanan berasaskan daging, udang, ketam, ikan, sotong, lala, sup sirip yu dan itik panggang yang sememangnya popular dalam kalangan masyarakat Cina," katanya.
Restoran tersebut dibuka kepada orang ramai setiap hari kecuali Jumaat

sumber: Kosmo Online